WITHDRAWAL CHECKLIST (WCL)
Pengeluaran Hilang Upaya
Senarai Semakan Dokumen Permohonan Pengeluaran Hilang Upaya
Dokumen Utama
Borang Pengeluaran KWSP 9L (AHL)
Kad Pengenalan Diri
(a) MyKad/ Kad Pengenalan Tentera/ Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR);
ATAU
(b) Kad Pengenalan Polis
DAN
Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri);
ATAU
(c) Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia.
Nota :
Salinan Kad Pengenalan
PERLU
dibuat di kedua-dua bahagian (depan dan belakang) di atas sekeping kertas saiz A4
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli
Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan
ATAU
Penyata Akaun Semasa
ATAU
Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun
ATAU
Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web.
Nota :
• Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik
• Akaun bank mestilah yang masih aktif (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank semasa membuat permohonan pengeluaran)
Permohonan Secara Pos
• Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat (KWSP 3)
Dokumen Sokongan
Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
• Mengikut contoh format yang ditetapkan oleh KWSP dan tidak melebihi enam bulan dari tarikh permohonan diterima
• Lengkap dengan maklumat pesakit dan penyakit yang dihidapi
• Diturunkan cop nama dan alamat Institusi Perubatan
• Diturunkan tandatangan, cop nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MPM dan bidang doktor yang merawat ahli
Nota :
Ahli perlu membawa salinan laporan perubatan berserta apa-apa dokumen sokongan lain seperti X-Ray, Echo, MRI, ECG, EMG, EEG, HPE, keputusan ujian darah (jika ada) untuk diserahkan kepada Lembaga Perubatan atau klinik panel KWSP semasa menjalani pemeriksaan hilang upaya.
Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan
• Menyatakan sebab-sebab diberhentikan kerja
• Bekas anggota perkhidmatan awam wajib untuk mengemukakan surat berhenti kerja
Borang Temuduga
Ahli dikehendaki menghadiri sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh pegawai KWSP dan borang ini akan dilengkapkan oleh pegawai KWSP
Clear
Kembali