WITHDRAWAL CHECKLIST (WCL)
Pengeluaran Kematian
Senarai Semakan Dokumen
Dokumen Utama
Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
Sijil Kematian Ahli
Nota :
Bagi anggota tentera / polis yang meninggal dunia dalam perkhidmatan perlu kemukakan Surat Pengesahan Kematian oleh Majikan.
Pengenalan Diri Pemohon
(a) MyKad / Kad Pengenalan Polis / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR)
ATAU
(b) Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia.
• Salinan Kad Pengenalan PERLU dibuat di kedua-dua bahagian (depan dan belakang) di atas sekeping kertas saiz A4
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Pemohon
Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web
Nota :
• Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik
• Akaun bank mestilah yang masih aktif
(Pemohon digalakkan membawa buku akaun bank atau penyata akaun bank atau salinan akaun bank semasa membuat permohonan pengeluaran bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran. Bagi permohonan pengeluaran kematian yang melibatkan pentadbir bersama, salinan buku bank di atas nama pentadbir bersama adalah diperlukan)
Dokumen Sokongan
Sijil lahir pemohon, jika penamaan yang didaftar oleh ahli menggunakan Sijil Kelahiran pemohon
KWSP (Si Mati) Belum Berkahwin
• Sijil Kelahiran Ahli, sekiranya pemohon adalah ibu atau bapa ahli; ATAU
• Sijil Kelahiran Ahli, Sijil Kelahiran Pemohon serta Sijil Kematian Ibu bapa ahli, sekiranya pemohon adalah adik beradik ahli.
Ahli KWSP (Si Mati) Telah Berkahwin
• Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan.
Nota :
Jika maklumat perkahwinan tidak lengkap, Sijil Kelahiran Anak Ahli perlu dikemukakan.
Ahli KWSP (Si Mati) Bukan Islam Telah Berkahwin Sebelum 1 Mac 1982
• Surat Akuan Sumpah Kahwin DAN Sijil Kelahiran Anak Ahli.
Ahli KWSP (Si Mati) Telah Bercerai
• Sijil Penceraian Ahli; DAN
• Dokumen bukti pertalian ahli dengan pemohon/span>
Surat Kuasa
• Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi); ATAU
• Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah); ATAU
• Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah); ATAU
• Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB) ATAU
• Surat Kuasa Mentadbir (Pejabat Daerah Sarawak) ATAU
• Surat Kuasa (Mahkamah Anak Negeri Sabah)
Nota:
Salinan Surat Kuasa perlu disahkan oleh pengeluar Surat Kuasa atau sekiranya dokumen asal atau pendua dikemukakan, salinan dokumen Surat Kuasa berkenaan boleh disahkan oleh pegawai kaunter KWSP. Surat Kuasa yang dicetak secara ‘online’ juga perlu disahkan oleh pengeluar Surat Kuasa yang berkenaan. Pihak Peguam adalah tidak dibenarkan sebagai pengesah kepada salinan Surat Kuasa
Penama Meninggal Dunia
• Sijil Kematian Penama
Clear
Kembali