WITHDRAWAL CHECKLIST (WCL)
Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
Dokumen Utama
Senarai Semakan Dokumen Permohonan Simpanan Melebihi RM1 Juta
Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)
Nota :
Ahli tidak perlu mengisi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL) kecuali bagi ahli bukan warganegara dan warganegara yang tiada MyKad iaitu pemegang kad pengenalan lama, kad pengenalan Polis / Tentera, pasport / permohonan yang dihantar menerusi pos / wakil ahli.
Kad Pengenalan Diri
(a) MyKad/ Kad Pengenalan Tentera/ Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR);
ATAU
(b) Kad Pengenalan Polis
DAN
Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri);
ATAU
(c) Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia.
Nota :
• Salinan Kad Pengenalan tidak perlu sekiranya ahli pemegang MyKad dan Pengecaman Cap Ibu Jari ahli dengan Pangkalan Data KWSP atau Bacaan MyKad adalah padan.
• Ahli yang tidak memiliki MyKad dan/atau dokumen permohonan melalui pos/ wakil masih perlu mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri masing-masing.
• Salinan Kad Pengenalan
PERLU
dibuat di kedua-dua bahagian (depan dan belakang) di atas sekeping kertas saiz A4
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli
Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan
ATAU
Penyata Akaun Semasa
ATAU
Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun
ATAU
Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web.
Nota :
• Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik
• Akaun bank mestilah yang masih aktif (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank semasa membuat permohonan pengeluaran)
Dokumen Tambahan
Permohonan Secara Pos
• Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat (KWSP 3)
Bagi Pengeluaran Umur 50 / Umur 55 / Umur 60 Tahun, jika tarikh lahir ahli berbeza di antara Kad Pengenalan Diri dengan tarikh lahir sebenar, sila kemukakan :
• Sijil Lahir
ATAU
Surat Pengesahan Kad Pengenalan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Bagi Pengeluaran Umur 50 Tahun / Umur 55 Tahun / Umur 60 Tahun jika ahli adalah bekas warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1995, yang tidak dapat mengemukakan kad pengenalan diri atas sebab-sebab tertentu, perlu mengemukakan dokumen berikut:
• Pasport
• Sijil Kerakyatan
• Lain-lain dokumen pengenalan diri
Clear
Kembali