• Pengeluaran ini terhad kepada satu rumah sahaja bagi setiap ahli. Sekiranya anda telah menjual atau menyelesaikan baki pinjaman rumah tersebut, anda tidak layak membuat pengeluaran ini untuk rumah yang lain.
• Untuk pengeluaran berikutnya, anda boleh memohon seawal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan yang terdahulu selesai.
• Anda boleh membuat pengeluaran dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula. Bagaimanapun bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuat kuasa.