WITHDRAWAL CHECKLIST (WCL)
Syarat Tambahan : Pendidikan
Syarat Tambahan Pengeluaran Pendidikan
2.1 Pengajian di IPT Luar Negara
2.1.1 Surat Tawaran Belajar, Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar dan resit bayaran hendaklah dikeluarkan oleh IPT luar negara tersebut dan BUKAN dari agen yang dilantik oleh IPT berkenaan.
2.1.2 Semua dokumen dari IPT luar negara perlu dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris. Jika menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris, ianya perlu disertakan bersama dengan surat terjemahan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dari IPT luar negara/ Kedutaan Negara tersebut/ Institut Terjemahan Negara/ Mahkamah/ IPTA yang bertauliah yang mempunyai kepakaran dalam bahasa berkenaan.
2.1.3 Keuntungan atau kerugian semasa proses pertukaran kadar tukaran wang asing sama ada bayaran dibuat atas IPT luar negara atau kepada ahli akan ditanggung oleh ahli. Kadar tukaran adalah berdasarkan kadar tukaran semasa permohonan diluluskan.
Clear
Kembali